السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ،َأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.، أَمَّا بَعْدُ؛
Saudara dan saudari , Pernahkah kita merenung, meratapi diri sejenak, dan bahkan kita menghitung berapa besar nikmat Allah SWT yang telah diberikan/ dianugerahkan kepada kita ?. Sudahkah hari ini atau saat ini kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat-nikmatNya tersebut ? .Bersyukur dalam Islam adalah salah satu kemestian bagi setiap insan kepada Allah SWT. Bahkan Baginda Rasulullah SAW yang jelas sudah dijamin oleh Allah SWT untuk masukan ke syurga, serta seluruh dosa baginda diampuni oleh Allah SWT, tetapi baginda masih sempat untuk bersyukur kepada Allah SWT, sehingga Baginda Rasulullah SAW dikenal sebagai ‘Abdan Syakûra (hamba Allah SWT yang pandai bersyukur). Setiap langkah Rasulullah SAW dan setiap tindakan baginda tersebut merupakan perwujudan rasa syukur kehadirat Allah SWT. Itu Nabi Muhammad SAW wahai kawan , kalau nak dibandingkan dengan kita , kita masih rasa tidak cukup dengan nikmat Allah SWT . kenapa eh sahabat sahabat ? kerana ada satu sifat dalam hati kita , dimana sifat itu sifat Tamak yang membuatkan kita tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT . Istighfar wahai kawan kawan , saudara , saudari .. maka hari ini kita ubah perasaan tamak kita itu dengan rasa bersyukur . moga-moga Allah limpahkan kita rezeki yang berpanjangan . amin .
Saudara dan saudari , pejam celik pejam celik kita pada tahun 2016 ini , insyaAllah kita akan meraikan kedatangan satu bulan yang ditunggu tunggu oleh orang islam dan orang yang beriman iaitu bulan Ramadan . insyaAllah kalau mengikut tarikh hijri , kita akan bermula puasa pada 1 Ramadan 1437 .dan mengikut tarikh miladinya iaitu pada 6 jun 2016 . insyaAllah . Tinggal berapa hari saja kita akan meraikan kedatangan Ramadan alhamdulillah . Moga moga Allah bagi kesempatan kepada kita agar dikurniakan kesihatan berpanjangan dan kesempatan untuk bersama sama menunaikan ibadat dalam bulan yang penuh dengan keberkataan .
Untuk post kali ini saya nak kongsikan kepada saudara saudari berkenaan satu software flash yang dapat membantu kita dalam membuat warming up sebelum bertemu dengan bulan Ramadan iaitu software alquran . ALquran ini merupakan software yang patut anda ada .
Kelebihan Alquran Flash ini :
1.30 juz alquran yang diflashkan oleh kitab Alquran yang tulin
2. mempunyai tanda tajwid di bahagian bawah dan pada potongan ayat yang bertajwid telah diwarnakan .
3. Mempunyai tulisan rumi di bahagian sebelah bagi kemudahan rujukan cara sebutan untuk orang yang lemah dalam membaca alquran .
Contoh Screenshot :
Cara nak bukak :
1. click perkataan ini untuk download - muatturun
2. click logo download seperti dibawah untuk terus mendownload . --
3.click download anyway untuk memuat turun file ke pc .
4. selesai download bukak file dan click quranflash Transliteration.exe