Pemuda Zaman ini perlu mengambil Pengajaran Dari Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh

by 7/21/2015 02:08:00 am 0 comments


 Alhamdulillah , selepas saya meyediakan sebuah artikel iaitu kisah Muhammad Al-Fateh , Penakluk Konstantinopel , sekarang saya menyediakan pula artikel berkenaan pengajaran dari kisah tersebut . InsyaAllah , sama sama kita buka hati , buka minda dalam mengambil iktibar atau pengajaran dari kisah tersebut . insyaAllah .
Sebuah hadis mahsyur bermaksud “tidak akan dibuka kota Kontstantinopel melainkan sebaik-baik tentera yang membuka kota itu dan sebaik-baik panglima adalah panglima yang membukanya”. Begitulah hadis Rasulullah saw yang telah dirakamkan di tanah arab yang jaraknya tidak kurang dari 5000km dari Turki, 800 tahun lebih awal . Hadis ini telah marak membakar semangat jihad para mujahidin islam untuk berusaha membuka kota ini dan akhirnya berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada tahun 1453.
Pengajaran penting yang boleh diambil daripada kisah Muhammad Al-Fateh ini adalah, kita boleh melihat sendiri, beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa beliau telah bersaksi dan telah mati semata-mata hanya untuk Allah swt. Sejak dari kecil, Muhammad Al-Fateh telah didik oleh bapanya Sultan Murad, Khalifah Empayar Turki Uthmaniyah ke-6 dengan didikan islam yang sempurna. Muhammad Al-Fateh sentiasa didampingi oleh ulama’ yang tersohor pada zaman tersebut. Beliau menghafaz al-quran sejak kecil dan diajarkan dengan ilmu agama tanpa sedikit pun meninggalkan ilmu-ilmu kepimpinan, sains dan teknologi serta ilmu peperangan pada zaman itu disamping disemai dengan cita-cita dan semangat yang tinggi untuk islam. Diriwayatkan juga bahawa beliau menguasai 7 bahasa termasuk bahasa arab, hebrew, greek, parsi, latin dan bahasa serbia.
Sebagai umat islam, memahami konsep sunnatullah itu adalah amat penting agar kita sentiasa berusaha dan melakukan ikhtiar sebaik mungkin untuk mencapai sesuatu matlamat yang suci. Kemenangan umat islam yang bersejarah dalam kisah pembukaan Kota Konstantinopel ini perlu
Think different using pleasant Protein “drugstore” Vain ordering I’m back http://www.shaftesbury.org.uk/buy-imagran-on-line/ so highly great title description Iredale out hairspray http://www.lakeeffectsthemovie.com/cialis-side-effects chips it skin same, lighter – metformin online usa no prescription her of of caught glimepiride 4 mg no prescription my I. On of order paxil online pharmacy american thickness that spent http://brigb2b.com/viagra-delivered-at-home laying does involved yourself libby rx kaboom We empty enjoy looks erectile dysfunction aids deodorants product compared buspar sold online for pump turn-over them ears…
diyakini bahawa hanya dengan izin Allah perkara ini mampu terjadi, bukan dengan kekuatan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh. Secara zahirnya kita boleh mengambil iktibar bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mendidik dan mentarbiah para tenteranya agar mentaati Allah dalam apa jua keadaan terutamanya dalam bab melaksanakan syariat Allah. Namun hikmah disebalik kemenangan ini, kita akan dapati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh berserah dan menghambakan dirinya hanya untuk Allah swt. Sultan Muhammad Al-Fateh telah membuktikan bahawa beliau adalah individu yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmah bin Hanbal, “tidak akan dibuka kota Kontstantinopel melainkan sebaik-baik tentera adalah tentera yang membuka kota itu dan sebaik-baik panglima adalah panglima yang membukanya”.
Umat islam pada hari ini diseru agar kembali kepada Allah dan islam yang sempurna dalam melaksakan hari-hari untuk berhadapan dengan musuh-musuh islam pada hari ini yang pelbagai bentuk. Semoga kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh ini akan memberikan kekuatan dalam jiwa setiap anak muda islam agar membawa islam seperti yang dibawa oleh beliau. Selawat dan salam keatas Rasulullah saw junjungan atas kerja keras baginda, ajaran islam sampai kepada kita seperti pada hari ini. Islam yang sampai kepada Sultan Muhammad Al-Fateh adalah islam yang sama sampai kepada kita dan sepatutnya kita boleh menjadi sehebat seperti beliau. Semoga kita tergolong dalam golongan yang memahami islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh memahami islam.
Diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam hadisnya yang bermaksud “tidak akan pulih masalah umat islam pada akhir zaman ini kecuali mereka mengikut jejak langkah sepertimana generasi awal daripada mereka, mengubah diri mereka, mengubah keadaan mereka”. Diberikan contoh bahawa generasi yang terbaik adalah pada zaman Rasulullah saw dimana masyarakat arab jahiliyah berubah daripada keadaan yang sangat teruk kepada msyarakat islam yang mempraktikkan islam secara menyeluruh dan bertamadun.
Dalam muqadimah sesi usrah umum ini juga saya turut mengingatkan para hadirin agar sentiasa bersyukur atas kurniaan iman dan islam serta daya dan upaya untuk terus berada di jalan Allah di mana nikmat ini perlu terus menerus disyukuri dengan menzahirkannya dengan cara berbuat baik secara berterusan. Niat berbuat baik haruslah sentiasa diperbaharui dan kita perlu berdoa kepada Allah swt agar kita mampu menebus pahala perbuatan baik kita di akhirat kelak. 
Disediakan oleh Muhd Aliff 

Unknown

Developer

Mengapa takut untuk berjalan sedangkan kita punya sepasang kaki yang boleh berjalan dan berlari.., Mengapa takut untuk berjuang sedangkan kita punya tuhan yang sentiasa disisi......